Sunday, August 28, 2011

Berita sedih menjelang hari raya

semalam kami dikejutkan khabar yg tak mahu kami sekeluarga terima
sedang bebrapa hari je lagi kita nak menyambut hari raya
keluarga kami kehilangan insan tersayang
ibu saudara ku yg kami panggil mak yan

arwah kembali ke rahmahtullah tepat jam 7.57 pagi semlm
setelah hampir 3 hari pengsan dan koma disebabkan penyakit kencing manis yg dihidapi dan melarat ke sakit buah pinggang yg rosak teruk

diceritakan oleh opah (utk pengetahuan, makyan tinggal dgn opah..berdua je kat kampung)
tinggal beberapa minit nak berbuka, makcik aku keluar dari bilik utk berbuka
sedang opah aku sebok menyiapkan juadah utk berbuka
makyan, rebah...pengsan

dengan kederat opah ku yg dah berumur tu, die hanya sempat berbuka seteguk dua air je
kemudian opah nak uruskan makyan ke hospital
sampai di hospital ipoh, makyan dimasukkan kan ICU kerana tidak sedarkan diri
rupenye kerana mengidap kencing manis, makyan harus cucuk insulin setiap hari ke badannya utk memberikan sumber insulin dlm badan
dan sejak dari 2009 bile dapat tau die mengidap kencing manis,
rupenye buah pinggangnya semakin hari, semakin lemah dan rosak

silapnya..hanya kerana berpuasa
bila ditanya opah...larat ke
makyan kate larat...tapi bile berbuka,
hanya sesudu nasi je die jamah..tak selera katanya
sampai lah pada mlm rabu lepas, tahap gula dalam darah makyan dah mengjangkau negatif!

dari rabu ke jumaat, makyan tak sedar diri, dan kemudian nya makyan koma dan bergantung hidup dengan mesin
ibu aku cakap, kekadang seakan makyan tersedar bile nak menarik nafas..
kemudian kembali pejamkan mata

dalam aku tgh bersiap2 nak pulang awal ke kampung
kami dikejutkan khabar yg makyan dah tiada
die tak dapat bertahan lagi dgn bergantung kpd mesin

dan arwah makyan selamat dikebumikan selepas zohor di bersebelahan pusara tok kami

teringat2 waktu kali terakhir kami berjumpa makyan beberapa bulan lepas
sedang rancak kami bersembang
kemudian ada aku tanyakan soalan berkenaan satu perkara,
mukanya berubah, dan terus menukarkan tajuk soalan yg aku tanya
mungkin die dlm keadaan sedih dan sakit


biasanya, waktu aku bujang dulu
bile balik ke kampung...aku akan tido sebilik dengannya
dan mase kecik makyan pernah menjaga aku sewaktu ibu ke kerja...

makyan...
hanie doakan makyan aman,bahagia di sana dan dicucuri rahmat
makyan rapat dengan arwah tok kan
dan kini makyan bersamanya di sana
Al-Fatihah...


Buat umat Islam
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin...






1 Komen:

dialicious said...

takziah hanie..b strong.cara hanie cite mcm diah pon ada aunty mcm makyan.jaga masa kecik.and skrg aunty diah pun sakit kencing manis.penah jgk gula negatif tp pastu ok balik.nsb baik