Wednesday, July 20, 2011

Perilaku Sewaktu di jalan raya

meh nak cite pasal jalan raya ni
aku ni, sebagai pemandu kereta, tidaklah hebat.
penakut jugak lagi :P
dulu mase aku memula dpt lesen P, 2 tahun lah lesen tu aku kepam
kononnye takde kereta auto, taknak bawak :P demand
kat rumah parents aku, ade kereta manual je
so utk menunggu kereta yang dibeli sendiri adalah lama, jadi keputusannya TAKYAH bawak kereta :P

tepat2 lepas 2 tahun P abis, aku pun dah ade kereta
then berlagak la bawak kereta tanpa sticker P
padahal, tak reti bawak betul2 lagi
so jadilah siput yg kedek di tengah jln raya :D

sekarang ni, alhamdulillah
bolela bawak kereta kat tempat2 yg familiar
lebih baik dari mula2 aku bawak kereta dulu
jalan yg aku tau, naik federal atau kesas je time nak ambik tunang aku je (yakni suamiku kini)
bagi la pusing jln lain, aku dah jerit2 dlm kereta sebab sesat
tu belum ko cuba bagi aku masuk negeri lain,
sure gelabah tak hengat :P

eh, dah melalut
sebenarnye nak cite pasal pe'el di jalan raya ni
kadang2 susah jgk org nak bertolak ansur
at least, kalau la ade orang yg beri kite jalan nak masuk laluan
ape salah la angkat tangan, senyum sikit tanda terima kasih
kengkadang aku emo gak bile org tak buat gitu :P

ni belum lagi jenis yang tak reti nak menggunakan konsep 'bergilir' kat jalan raya
maksud aku, bile jalan tengah jem, dari 2 jln nak jadi satu,
konsep bergilir ni sgt perlu digunakan
takdela berebut, berhimpit

ade jenis org yg tak makan saman taknak menggunakan konsep ni
tatau la sengaja ke, memang tak tau, atau saje nak cari pasal
memang boleh mendatangkan marah orang lain (terutamanya aku)
ingat die sorang je la nak cepat
ingat die pakai kereta besar (padahal vios je kot) bolela nak tunjuk action
kalau tengok no plat kereta dari luar kl atau selangor
mungkin bolela di maafkan, mungkin die pertama kali guna jln tu
(ni aku ambik contoh kat jalan keluar ke jalan semarak highway Duke nak ke pusat bandar)
ni tak, main nonong je bwk kereta
aku ape lagi kat dlm kereta ni, walaupun kat belakang kereta dia
membuat2 marah dengan mulut buka besar2 supaya die tau yg aku sedang ngamuk kat die huuu

byk kali dah mcm ni
sama2 taknak beralah

ade satu mase tu, suami aku tgh bwk kereta
ade lori ni, nak himpit jgk masuk laluan
padahal signal tak bagi...nak himpit jgk
laki aku ni, kalau org buat tak betul , memang taknak kasi can

bile betul2 rapat, laki aku ni hon lah, then buat adegan yg boleh mendatangkan marah :P
lori tu slowkan lori, nak bagi kereta kami ni bersebelahan lori die
lori tu bukak tingkap, lori tu pulak, kat side aku
laki aku tak bukak tingkap memandangkan aku ade dan tgh pangku si hannah yg tgh tido

kalau aku takde time tu, mau dah bertekak takpun bertumbuk dah dorang ni huhu
si pemandu lori tu pun, agaknye dah nampak ada budak kecik dlm kereta,
die pun beredar
haa tau pun mengalah
yang tadi tu, nak jugak2 masuk jln apasal
dah la jln jem...sure2 ko tersangkut jgk kat jem tu
huh...

so, same2lah kite beringat2 sesama sendiri
memangla semua pun nak cepat kat area kl ni
tapi bertimbang rasa la ye..tak rugi pun




3 Komen:

Diana @ bilakukatacinta said...

tak suke driver yg suke potong queue...

AmyMizzunderstood said...

Diorg ni mmg payah..baik taxi,lori!!kekadang bila nampak baby pun wat dek jek hanie...haishh tah la org malaysia ni!

[ Hanie ] said...

Diana, tu la diana. Tu lg satu masalah yg bole bikin geram huu

Amy: tu laa..bilela mentaliti org mcm ni nak berubah agaknya ye hishh