Wednesday, November 25, 2009

Mari ke Panggung

Oh,
hari ni adalah hari Rabu dengan itu arini jugalah tiket di wayang2 seluruh negara akan MURAH!
haha gile kedekut nak tgk pun time murah2 aje
why not kan?
kite nak tgk skali je..tiket RM 6 utk hari rabu sahaja adalah sangat berbaloi-baloi
bak kate org, BERBELANJA DENGAN BIJAK! JANGAN MEMBAZIR :D

harini baru berkesempatan nak nonton 2012
harap2 tiket masih ada utk kami
review dari orang2 lain, cita ini mendapat komen yg positif !
tu yg buat lagi kepingin nak pegi tgk!
haih, tak sabar nye nak abis keje


Ujung minggu lepas, setelah beberapa hari ada job di area Lumut
on the way balik, kami ikut jalan Gopeng, ternampak Kellie's Castle ni
aku ingat mase dulu aku & family ke sini waktu adik no 3 aku pun kecik lagi,
tah berapa tahun tu agaknya
tgk dari bentuk bangunan yg di tinggal tanpa pernah siap ni... memang 'agak' menyeramkan

tobat la nak jln sensorang2 kat sini
kami yg berjalan bertiga (adik suami follow sekali) pun dah ketaq lutut campur ulu hati dibuatnya
tapi dorang berdua tu, lebih fokus kepada nak ambil gambar je kat situ biarpun bayar RM 4 kalau nak masuk
janji puas hati bergambar huhu
aku ni sempat la selit2 bace2 tulisan2 yg terlekat kat dinding2 istana tu...
ade sejarah dan penerangan di situ konon, disitulah Kellie nak buat ruang tamu la, bilik tidur utama la, pintu rahsia lah, bilik air lah...
siap aku cuba berimaginasi mcm mana la sebenarnya rupa bentuk bilik/kawasan tu



dari luar pun dah 'seram' ni pulak nak jalan2 kat dalam sana...aishh


mase ambik gambar ni, ade pulak kat depan dan belakang dinding tu tulis
"koridor misteri"
kononnya kat sini lah selalu org2 kat situ atau pelawat pernah ternampak roh Kellie tu berlegar-legar
apeee???
ni yg aku rase terencat nak possing ni!
kang tak pasal2 nampak bayangan mistik di belakang tu kang
terus jadi rancangan Misteri Nusantara di situ



rupanya bangunan ni tinggi
nak aku cerita kisah sejarah bangunan ni, dah tak ingat2 sangat
yg aku ingat, kat bangunan kami possing ni kononnya Tuan Kellie tu nak bina lif di dalamnya
ia dibina tinggi, nak bagi anak isterinya dapat menikmati permandangan ladang getah & sekelilingnya hingga nampak bandar Ipoh, mase tu, isteri die still kat oversea
on the way die nak ambik lif dari london tak silap, dia diserang sakit kat sana
so die terus meninggal kat sana
terus la terbengkalai bangunan ni
kalau jadilah lif tu dibawa balik, ia merupakan lif PERTAMA di Malaysia tau pada tahun 1926 kalau tak silap
tu pun hanya nak diletakkan dalam istana? wahhh hebat.
nak tau lebih lanjut, pegi la kunjung ke sana ye :D

16 Komen:

aleena said...

chantek la pic tempat tue bile capture dari jaoh mcm 1st pic tue:)

Dayu said...

tak berkesempatan lagi nak jalan2 ke sana
takpe,nanti carik masa nak ke sana

hehehe..iye hari rabu adalah hari menonton wayang. lagi2 zaman blaja dulu kan. penuh wayang..paliing tak tahan,siap ponteng kalas sebab nak amik show early bird...hahahaah

*penah gak try ngelat guna matrik kas nk tgk wayang murah, walau time tu dah habis blaja dh

nurul aziyana said...

tgk la 2012, mmg besh..tp gmbran dlm citer tak sedasyat yg digmbrkan dlm al quran..ape2pun amik iktibar supaya kita dpt guna masa yg ada sebaik2nya

anil lutaze said...

waaa....baru tau sejarah kellies ni....sumpah tak tau...patotlah istana tu terbengkalai..rupanya sbb dia mati kt sana....kalau jadilah istana ni....msti cnthek ya ampun kann...

m@Ri@ said...

maria dulu tiap2 minggu ari rabu g tgk wayang..hehe..skrg dah tak boleh dah..husband dah kije shif..so tgk wayang ujung minggu adlh sgt membazir..rugi2..huhu..

puan.farah. said...

owh rindu ipoh. rindu tronoh.rindu lepak lumut!

SharHanah said...

cantek!!!

littlephia said...

one of my colleague did pre-wedding shoot kat kellie's castle tu. lawa!

*phia pun tak pernah pergi *sedih.

faRhaNa said...

ya btl...hari rabu adalah ari menonton wayang...he he he...;-)

sy gune xberkesempatan nk ke kellie's castle tuh, walaupun kg mak dan abah di perak...he he he

[ Hanie ] said...

aleena:
heehe TQ :)

dayu:
ahehe, ngelat yer :D saya tak berani nak buat mcm tu :D hehe sebab muka mmg tak mcm student dah kot :D tuo!

anil:
betul tu anil, kagum dgn seni binanya. dulu2 pun dah boleh terbina mcm tu :D

aziyana:
betul tu, setuju :)

maria:
ouh yeke, mmg perbezaan harga yg jauh kan :D hee

farah:
hehehe pegi la kesana lagi kalau ade peluang ;)

sharhanah:
TQ :)

phia:
oh yeke? mmg cantik tempat tu. mmg sesuai kan

farhana:
hehe takpe2, pasni insyaallah ade peluang ;)

dialicious said...

aritu tgk dlm mag ade org kahwin kt kellie castle tu tau.mcm cantik jer tmpt tu.die wat reception kt luar.tatau lak tmpt berhantu smpailah husband bitau.sbb dia stadi ipoh lama dulu.hehe..kisah sejarah die nak baca katner?teringin sgt nak tau

s.c.h.u.l.t said...

nice picture!~ ^___^

nuni said...

I prefer the castle time diorang tak renovate lagi tu... more haunting. last time i went there, tak rasa takut sangat dah sebab nampak more like a tourist attraction than a haunted abandoned castle.

Indeed, the history is tragic... esp if u read the whole story behind the castle. :)

[ Hanie ] said...

diah:
ouh, ade org buat reception kat situ? wahhh mmg cantik tempat ni, tp kalau terpikir pasal mistik2 ni, hehe seram jgk :D erm ade ke eh cite pasal tempat ni dlm internet? nnt nak google :D

s.c.h.u.l.t :
thanks ;)

nuni:
ouh, tu tahun bile yg tak renovate lg tu? huu ko tak rase pape ke? adoi, aku tgk lorong2 tu dah kosong takde org pun aku dah naik seram ar nuni :D

nuni said...

kalau dah renovate ni pun ko rasa seram... baik ko takyah tengok time dia belum renovate la. hahaha

aku kan dulu pernah membesar di Ipoh... so memang biasa pergi. bila dah pindah KL/ Shah Alam pun selalu bersiar2 di Ipoh dan kawasan2 sekitar kalau kebetulan banyak free time bila gi visit friends there.

[ Hanie ] said...

hahaha, baik takyah kan?
ouh patut laaa, kire pengunjung tetap la kat situ ye :D