Friday, July 17, 2009

Entri Bergambar Waktu Lepas Kahwin

Enti ini agak meloyakan.
Anda semua akan lihat gambar2 yg kadang2 rasa nak muntah hijau tgk kemesraan dan kegedikan suami isteri ini :D
Maafkan keterlampauan jakun kami ketika di sana wahai sekalian huahua.

Kami bertolak ke Swiss Garden Damai Laut selepas majlis di johor..kami kesana kerana mendapat voucer free.
3 hari di sana tanpa perlu membayar kos penginapan, sapa taknak kan? :D
Walaupun agak jauh dgn drive sendiri ke sana, agak memenatkan juga.
Walaupun aku tak drive, tetapi aku tetap mendapat tempias2 aura penat tu dari si suami, bak kata dlm filem Titanic, I jump, You Jump! heeee ape kaitan ni la Labuuuuu



Sesampai di sana...mmg agak suram je keadaannya
Org tak ramai...kawasan pun mcm tak seanggun yg kami bayangkan.
Dah tu, aku bayang mcm pegi Phuket ke, Bali ke...mmg la jauh makcik Hanie.

3 hari dua malam kami di sana...mmg tak banyak aktiviti yg dilakukan. Sebab takde tempat yg menarik area2 tu.
Online dan rehat-rehat di bilik >:)
Esoknya...pergi ke pekan Lumut membeli-belah makanan2 berasaskan makanan laut yg di proses, seperti sate ikan, sotong kering dsb.
Memang byk ok...murah2 plak tu.



Setelah 3 hari mcm ada rasa jemu, dah alang2 sampai area sana, cadangan kami, bergerak jugak ke Pangkor dgn menggunakan konsep, Redah & Jaya!
Dapat sehari pun jadilah kan...kang kempunan!
Kami sempat servey2 feri. Terjumpala dgn sorang Pakcik ni yg kira mcm ejen di situ. Cara dia terangkan satu2 hotel yg ada kat Pangkor, mmg ada sedikit menggugat ketenteraman jiwa kami menghasut nak kesana.


Jadi, esoknya sebelum bertolak, kami bergambar2 dulu di sekitar kawasan Swiss Garden utk di jadikan kenangan. Then, kami singgah pula kat Swiss Garden Resort, baru la jumpa laut.


Lepastu, sampai di Jeti, awal-awalnya harap takdala terserempak dgn pakcik tu lagi, biar redah sampai sana baru cari hotel.
Tp dlm nak elak2, terjumpa jgk dgn Pakcik tu hahaha.
So dgn pakcik tu, kami tempah la budget hotel yg brharga RM 80 semalam utk weekdays. Weekend, harga lain yer.
Jadilah, semalam je kat sana.

Naik feri yg hanya RM 10 pegi dan balik harganya. Valid tiket tu sampai sebulan.
So pepandaila, kalau bercadang nak tinggal lama kat pangkor, simpan tiket tu leklok.


Sampai di Pangkor, terus naik teksi utk ke Hotel.
Sampai2, letak2 beg, perut dah lapar.
Jumpa gerai depan hotel pun jadilah daripada kang tak pasal2 ade yg mogok lapar kat pulau tu kang.


Gambar makanan yg sedang penuh tiada, yg dah selamat masuk perut, ada huahuhua.



Pastu agenda seterusnya, bercanda di pasiran pantai...kita berdua bermadu asmaraaaaa haaaa. (petikan lagu sudirman & anita sarawak)

berkeadaan begini disebabkan oleh kegirangan yg melampau


Dlm pada duk ambil2 gambar tu, kami di tegur oleh penjaga bot di situ.
Dia tanya, taknak pegi menyelam ke? Si suami adalah org yg sgt gembira ketika itu. Aku ckp padanya, dia je la yg pegi sebab aku bukan nya bwk pakaian yg sesuai pun, seluar dalam ade ar huahuhua.

Si suami teruskan bersembang dgn abg tu, abg tu bole terkeluar ayat hasutan,
"Alaaa, org rumah tu bwk je sekali, nanti die sure teringin jgk."
Baiklah, kami terkena hasutan anda.
Terus bergegas ke bilik utk menukar pakaian.


Korang tau, aku siap pegi beli t-shirt dan tight utk operasi selam-selam ni!


Kami dibawa ke Pulau lain.
Sambil naik2 bot, kami ni bersembang la dgn abg tu.
Dia bwk ke tempat di mana batunya menyerupai Ikan paus & buaya.


Nampak tak rupe ikan paus tu?
Konon mcm ikan paus sedang keluarkan air di atas kepalanya.



Ada rupa kepala buaya tak? Nampak mcm real ok...aku pun kagum.

Laut kat situ memang jernih,batu karang pun bole nampak.
Abg tu siap bwk roti kononnya nak bagi kami bagi ikan makan. Kami pun beli jgk roti sebab dah dipesan suruh bawak sebelumt.
Tau roti ape kami bwk? roti krim coklat & vanila..haha inilah masalahnya bila roti keping biase takde, so beli je la ape yg ada. Tp last2 tak jd pun bg ikan makan pakai roti krim tu, masuk ke perut jwbnya. Lapa dibuatnya bila menyelam-nyelam tu



Bila sampai kat tempatnya, tak ramai pun yg duk menyelam.
Sampai2 posing2 ape2 yg patut, maklumla, jakun jumpa gogle...tu yg ambil peluang.


comel juga aku begitu




dia pun begitu :D



Gambar waktu selam takde ye.
Tgh menikmati panorama bwh laut bersama pelbagai jenis ikan, mmg dah tak kuasa nak berposing2. Baik layan ikan kelaparan di bwh itu.

Aktiviti memberi ikan mkn adalah sgt mengsuspenkan.
Aku bg roti pun dorang sampai nak gigit2 jari aku...haihh, ni kalau bukak kedai roti kat situ, sure laku org beli nak bg ikan2 kelaparan tu mkn.
Ada satu masa, dlm pada aku dah takut nk bg ikan makan sampai terjerit-jerit ok
Dorang ni bukan apa, tak nyempat2 aku kecil2kan roti tu..dok berkerumun dah area kitorang, mana aku tak seram?
Sampaikan aku kena campak jauh jauh supaya kami tak kena serang.
Tah mcmmana, ada satu masa, aku tak perasan aku bole campak roti tu betul2 belakang aku....haha ikan punya lahap, sampai rambut aku pun die nak telan! Scarry!

Bila dah dekat sejam melayan kerenah 'kawan-kawan' kami tu,
Kami naik kedarat. Ada sorang pakcik yg dah biasa selam kat situ, tunjukkan Gamat kat kami. Geli ok nak pegangnya.

Berlendir, berlengas, tu je mampu aku ckp. Geliiiiii.....

Dah lewat ptg, tinggal kami berdua je kat pulau tu...Jeng jeng jeng!!!!!:P
Menghabiskan mengambil2 gambar berdua.
Tak dpt nak publish di sini ye..hanya utk simpanan peribadi, harap maaf :D

indah bukan?


Malam tu, tiada aktiviti yg dilakukan sebab dah kepenatan.

Esoknya..sudah waktu utk pulang.
Sempatlah bershopping cenderamata di situ.

hanya di pangkor you all akan nampak teksi ini


waktu sudah mahu pulang, di jeti Pangkor





Dah dalam feri pun sebok nak bergambor.
inilah jadinya apabila tahap mood mahu bergambar dtg.





Baju itu adalah baju mix and match.
Aku beli baju biru tu waktu di Jeti sebelum berangkat ke Pangkor aritu, budget nak jadi Anita Sarawak menyanyikan lagu bercanda itu di tepi pantai...selak2 kain bagai.
Tp bile dilihat di sini, dah mcm baju org mengandung aku gayakan hishhh. Memang fail!!

gaya konon2 sedih nak balik





Sampai lumut, shopping lagi makanan2 kering laut.
Seratus jgk la habis :D

Lepas ni, sila plan betul2 bila nak ke Pangkor, bole selam lg sampai kecut :D

19 Komen:

ungu violet said...

arghhh, saya sukaaaa p.pangkorrrr!!




*makin comellah lepas kawen!hehe ;p

[yAN!e][pUTraJAya] said...

alahai....
sangat suweet ini n3...


nak ole2...

hehehee

aleena said...

sweet:)

mesti besh time selam2 tue kan:))

@yue said...

tu dia animun pantin baru..
sampaikan..
sorang cm pki bju ngndong..sorang lg perot pn dh cm org ngndong..
syabas isnpektor sahab...hikhik...

itu namanya hepiiiiii kannnn....*wink*

tRuly tO be mYself 'Qa~ said...

bestnyee jalan-jalan becanda riang..
ahakkksss.....

modusoperandi111209 said...

sy keja kt swiss garden tu dulu.. huhu.. tmpt tu dulu best, mcm2 aktiviti ade.. skang dgr citer awk.. mcm dh x best ek?

::zAsyikein:: said...

awak...teringat tmpt h/m kami dolu.. swiss garden la tmptnye!!,..tapi berbayarla..ehehhe...pada kein mmg besh la..sebab sunyi..!! n betul ke pangkor perlu planning yang mantop!..n yeah snorkelling mmg besh..!!...

m@Ri@ said...

wah mcm best je g pangkor tu..harus ajak suami p next year..this year mungkin tak dapat kot..huhu..g selam tu how much ek.. gogle tu sewa ek..sorry tak pernah menyelam..agak2 kalau yg mmg tak reti selam ni layak ke g sane..lemas tak..haha..giler aku jakun..

p/s:awak nmpk makin comel selepas kahwin..berseri2..

NURUL said...

suka melihat gmbr2 kamu hanie. seronok juga pangkor ye :). makin comel kamu selepas kawin :)

Yot | is | Yati said...

Haha. Gambar main picit2 hidung tu comel!!

anil lutaze said...

pangkor...ah..meengimbao memori daku ktika blajar di manjong dahuluuu... bes kan...

dan honeymoon jgk sgt bes..

kmu sgt hepi...dan gmbr pon santek...almaklomlah fotographer...hehehehe

fizz said...

honeymooonnn!!!

eherm. inai masih merah di jari. berseri2 pengantin tak ilang lagi :P meh la pass cni plak seri tu puan hanie :))

easyou said...

seronoknya p honeymoon.. seri pengantin baru ;)

cikin said...

hehehe.. bestnyer pi p.pangkor...:)

green apple said...

tang gamat tu mmg geli okkk..macam taik yang telah matang usianya aje.

[ Hanie ] said...

farah:
hik2...suke jugeeeee.
haik, comel? mcm membolat je..huh

yanie:
haha mekaseh. ole2 kah? yg kering2 ade la...:P

aleena:
hehe saya adalah penakut waktu mula2 masuk tu, siap berpaut pada tgn suami, jadinya suami tidak dpt berenang...hahaha :P

kak ayue:
hahah tau takpe. tumbesaran perut kedua2 pasangan ini adalah sgt tidak terkawal di tika ini :D

atiqah:
hahah seronot...lg2 bila takde org..huuuu

modusoperandi111209:
hee mungkin la best, cuma kami pegi bukan peek season, tu yg tak ramai org tu :D

Asyikein:
waahh yeker, tersama sudah :D tp kita pegi yg apartmentnya :D
betul, kene rancang betul2

maria:
hee harganya termasuk life jacket dan gogle tu, hanya rm 15 utk 2 jam selam :D takde lemas kot kalau dah pakai jacket tu, tp spt saya yg agak gelabah dan excited tu, tak lemas pun gaya mcm dah nak lemas huhu.

nurul:
hee terima kasih nurul. Seronok, byk aktiviti yg bole buat sbenarnya :D

yot:
heee :D

anil:
heee mmg best. Yer, saya nampak gambar2 kamu ketika honeymoon membawa tripod. kami pun bawak jgk, tp asik nak ambik gambar je, telupa bwk keluar, last2, tgn dan batu2 yg ada la yg menjadi tripod :D

fizz:
inai sy waktu itu mmg lambat benar ilangnya :D haha kalau bole pass sudah ku pass kan cik fizz :D tak lama lagi je majlis kamu :D

easyou:
hehe :D iyer kot

cikin:
silelah pegi nanti ye :D

kak d:
hahahah tak terpikir tang tahi itu, bila tgk balik, agak sebijik...auuwww geliii!

Jehan Najib said...

hanie!!
myself pon ada gambar kat tmp ni... tp upload kat FP. jaman2 dolu kala :D

http://zygzaggy.fotopages.com/?entry=886479

[ Hanie ] said...

heheh yeker. best kan? :D

GreenJade said...

vahh sempat snorkeling dia eh..mmg best..*tu ari pi tgh air pasang tinggi..x dpt snorkeling uhuhuhu*

hanie..kalu dpt cycling beskal or riding moto (sewa) kt pulau besor dia mmg heaven tau..xtvt yg menyihatkan bodi hehe