Friday, May 15, 2009

Terbang ke Awan Biru!

thanks to Air Asia

Esok aku, Encik Fazli dan seluruh keluarganya akan berangkat ke Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan Abg encik Fazli.

OhhhHHHhhh!!

Sangat lama aku tak naik katebang nih.

Last skali, rasanya tahun 2003. Aku sekeluarga ke Beijing, China. Sempatlah merasa pegang Tembok Besar China tu. Walaupun tak sampai suku aku berjalan ke puncak....dah serender patah balik...hahaha Nyesal pulak tak pergi lebih jauh! Tgk org lain gagah dan bersemangat jer berjalan lebih jauh. Famili aku takdenya...dpt jejak kaki pun dah syukur sgt. Dah la suhu kat tembok china tu sejuk...memang lagi la membantutkan niat kecergasan fizikal aku waktu tu. alasaaannn!

Lepas tu, dah takde2 naik flight dah.

Pengalaman naik flight ni, walaupun dulu bole dikatakan tiap2 tahun aku travel dgn family aku (seems ayah saya adalah pramugara :D) Aku akan nervers tak hengat semalaman atau seminggu sebelum berlepas...termasuk lah adik-adik aku jugak yer. Macam cacing kepanasan selagi tak naik flight tu.

Dulu-dulu, ade jgk dlm list cita2 aku, nak jadi macam Ayah aku...sebagai Pramugari. Memandangkan mata ni dah la rabun, saiz badan pulak memang sgt tidak menepati piawaian ahli-ahli kurus sedunia, jadi niat aku tu...aku letak jauhhh jauhhhhh.

Dulu, bila bawak beg seret sebelum atau selepas flight, terbayang mcm stewardess tgh bwk beg kerja. Bezanya, aku takdela pakai uniform belah sampai ke peha tu kan, Dpt jalan sebelah pramugari/pramugara tu pun dah feel mcm sama2 bekerja...Lagi2 laaaaa lalu tepi Kapten atau Pilot2 tu kannnn??? huhuauaha

Bila kat dlm flight, mengambil peluang menjeling2, dan meninjau2 dorang buat kejer. Kalau boleh di bagi peluang...aku pun nak sama2 served makan ke...
"Excuse me Sir, what can I have for you?"
Wahhhhh. Kang ade yg terminum jus ikut kepala kang!

Tiap kali time dorang bagi instruction keselamatan tu pun, sebok jgk aku duk tertinjau2 nak tgkkk mcm tak pernah tgk! Bukan hape, dok bayang 'aku' yg duk bagi instruction tu sbenarnya. Tang muka, muka aku, tang badan... stewardess tu punya...jadilah kannnn?

Tapi ni first time aku travel naik Air Asia...mesti berlain pengalamannya kan. Kita tunggu....review selepas selamat tiba di Semenanjung  :D

*   *    *

p/s: Ouhhhh my BFF Ashila sedang ingin melahirkan anak rasanya. Semalam aku call dia kata nak masuk ospital dah, tapi dia punya due next two weeks. Aku pun terbelit nak paham huuu. Apepon aku doakan agar semuanya selamat dan dipermudahkan segalanya. Siap aku berpesan, "shilaaa kang ko dah beranak sila pesan kat suami ko tu fon aku ke, sms aku ke okkkk? Be strong ok?" Aku yg risau tau....

Dan kpd teman baikku juga, Intan Fairuz, yg bakal melangsungkan pernikahannya malam ni, aku doakan kalian berdua bahagia k. Kang aku singgah rumah ko sebelum bertolak. Semoga semuanya berjln lancar dan majlismu diberkati . AMIN

12 Komen:

Dayu said...

saya takde peluang lg ni
mau ajkun giler kang naik 1st time bulan 8 nanti
keje mmg travel jauh2
tapi banyak travel dgn kete..

*tak dpt buat review
*ucap tahniah kat abg en fazli awak

ungu violet said...

bestnya nak g sabahh..rinduuu!!

dialicious said...

hahaha..kelaka la hanie ni.dh travel tiap2 thn pun masih nerves lagi ek.pastu siap berangan lagi..mesti ayah hanie bangga anak dia bercita2 nak ikut jejak kaki ayah dia.mesti hensem kan bpk awak sbb dulu2 criteria nak jd steward mmg kene tough n good looking.skang jer x kesah..hheheeh

xeea said...

naik MAS dia cakap,
"Excuse me Sir, what can I have for you?"

dlm AIR ASIA dia tanya,
"Want to buy any foods or drinks? Merchandise?"

air ribena mobile 6 hengget kau atas tu. no outside food allowed pulak tu. heeeee

The Mrs-Bride said...

ohh x suka naik air asia.. naik skaliiii je so far time honeymoon tu.. wahh beshnya hanie dpt travel with future in-laws... jauh lak tu ke sabah.. good2.. mengeratkan silaturahim.. hihihih.. take care okeh.. have fun too! :)

[yAN!e][pUTraJAya] said...

vah vah vah...
pi sabah....
nak ole2....hehhehe....

(^_^)

♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣

Momo / aiza / mohaiza said...

Kak hanie ooo...kak hanie...pakaian tu bukan setakat blah kat peha..dah dekat dah bahagian private, nampak je belah sampai peha. tu sbb depa jalan gtu. Zach dah jadi flight attendance MAS dah..hahaha. Along soon to be la. tgk la dalam masa 5 thn g ke..hahaha. Kad kawen along tak tgk g dalam peti surat. Nanti2 along tgk bz keje la, takde masa nak tgk blog nie sume. Lagipun mainan donia. hahaahah. Jgn marah see you on ur wedding. Ada sanding ke? nak main renjis renjis neih..tunggguuuuuu

I'm LeGend said...

kamu.. saya pon pernah berniat menjadi pramugari itu.. tp sebab terlalu la berat.. maka.. hajat ku simpan smpi mati..hikhikhik

I'm LeGend said...

hihih..kita serupa.. dulu pnya cita2 yg sama :)

anil lutaze said...

hahahah..comel tol entry ni...besnya ayah awak pramugara...msti cool jek...

alalala....sila jgn takot k.. tp airasia sdkit cam bas..hahaha

Memey Anuar said...

naik MAS,
cabin crew tanya "what would u like to have sir/mdm?" kot.
kan?

anyway,
semoga bergembira di sabah. beli gelang kristal :D niceeee. hehe

[ Hanie ] said...

Dayu:
waahh best la mcm tu, nnt honeymoon tu, 1st time naik flight. Nak2 pula merasainya dgn insan tersayang ;)

ungu violet:
kamu honeymoon di sana kan? hehehe rasa mcm nak ikut jejak je nnt :D

Diah:
hehe ayah kite mmg tak bagi kalau nak ikut jejak dia. Sebab kalau perempuan, agak penat! panggil keje tak tentu masa kalau Standby..tah la..dulu die tak galakkan pun :D Hensem? huhuhu dulu kot...skrang dah ade aset perut dah :P

xeea:
ya btul!!! tp agak kecewa la time pegi aritu tak tingin nak mkn...seat dpt di blakang2. F.A start served dari blakang. So bila nak balik, teringin nak merasa makanan dlm flight...time ni dpt seat dpn plak..bile nak order, byk food dah abis! Kiciwa!!! haih

The Mrs-Bride :
hehe mmg pengalaman yg tak dpt dilupakan. Mcm2 yg tak pernah lalui pun lalui. especially bab perkahwinan kat sana :D

yanie:
heee tak sempat nak shopping byk bykkkk....menyesalllll! :(

Momo:
eceh...tingin nak jd cabin crew eh? akak tau zach dah jd :D
Haa mau merenjis jgk kah? hahah sgt bersemangat :D

I'm LeGend :
heheh tu la pasal. Ni bile tgk F.A kat Air asia, pun kurusss2. Simpan je laa niat murni tu kan :D

anil:
huu tp tu la. sblom ni dpt tau, bila nak duduk, kene berebut, tp kali ni die dah ade provide seat sendiri :D Cuma 'agak' sempit kan

Memey Anuar:
huu sudah beliiii tapi tak cukup! gagaga

: