Friday, May 8, 2009

Irama dan Majlis Perkahwinan Tak Dapat Dipisahkan

Terima kasih kepada semua yg telah vote utk poll kat sebelah tu

Kat sini aku bercerita dari pengalaman aku.
Aku pernah ke majlis kawen untuk melaksanakan tugas yg mana di MC kan oleh orang yg mungkin kurang berpengalaman.

Siapa tak excited atau rasa diri ini di hargai bila MC buat announcement,

"Majlis arini di jayakan oleh catering dari bla bla bla, Fotografer yg bertugas pd hari ini adalah, Cik Norharyani Hamid, dari Fuzuri Design"

Aku yang dengar ni pun naik seram sampai cover muka dengan kamera. Blush blush la kononnya, nama di sebut2 dlm majlis tu. Seingat aku, tu la first time. Sebelum ni, disebut nama Fazli atau Fuzuri Design jer. Ni bila nama aku pula disebut...haruslah berbangga dgn diri sendiri walaupun tengah berlengas peluh tu kan?

TAPI...kalau awal2 dan pengakhiran majlis kamu nak sebut nama aku atau sebagai langkah promosi tu, mungkin lah bagus, bole lah tumpang glamor sikitttt di majlis org. Ni kalau dah setiap 5 minit kamu bercakap....nak sebut2 nama aku...hape hal plak dah?

Aku rasa...macam aku plak pengantinnya. Yer aaa nama aku yg lebih byk disebut daripada pengantin. Kalau aku la jadi pengantinnya...." Ehhhh bak mai sini mikrofon tuuuuu..."

Jadi...
Untuk majlis aku nanti...aku kalau boleh taknak kejadian macam ni berlaku. Biar lebih rasmi sikit nampaknya. Tiada karak-ok...NO!

Biar lagu2 perkahwinan dan sentimental jer yg mewarnai majlis aku. Tiada lagu2 enamploh-an yg agogo ker, meleret2 ke. Biar nak nampak fresh dan elegent pheeeeewitt!

Ayah aku..teringin pulak nak muzik gamelan di main kan. Adoi ayah, nak tempah gamelan, mmg dah tak sempat dah...kalau ade pon, RM 600 tak termasuk pengangkutan semua. Nak sediakan plak lori ke van nak angkut gamelan2 yg bukan kecik saiznya tu kan?

Maka kalau ayah teringin, kita cari je dvd nanti, minta org PA sistem tu pasangkan. Dpt aura tu pun, jadilah kan :D

Bab MC pulak...ayah aku sedang usahakan..sedara katanya. Harap2 lah tak melalut2 macam contoh aku nyatakan tadi kan. Mungkin hanya kata2 aluan dan memberi serba sikit latar belakang kami ke...pun ok. Waktu wajib, ketika nak merenjis tu, kena teratur. Kang ade yg kelam kelibut depan pelamin, haru!

Ayah juga cadangkan aku burn CD lagu2 yg akan dimainkan...tp tak terbuat lagi.

Ade lagi pengalaman aku...bila kononnya pengantin tu burn lagu die nak suruh mainkan waktu potong kek...si MC tu boleh pasang lagu tu masa pengantin tengah makeup...hahaha berbulu ayam si pengantin.

MC tu dah naik syok dengan lagu tu kot??? dari duk main lagu agogo jer

Haru biru!

7 Komen:

ungu violet said...

pa system memeiankan peranan yang sangatttt penting!

@yue said...

errrr MC tu minat kt hanie..
sbb dia tau CIK..ekeke..
pasni dh PUAN..selamat la kot..lalala

Noleen said...

btol3...utk sesuatu majlis PA system mmg memainkn peranan yg penting...

Fathiyah said...

hal psl MC,irama & lagu nih,mmg mcm2 la kte blh jmpa time kenduri kawen.tp yg plg terpahat dlm otak,sure bila MC terlebih excited,lagu2 pelik kuar.all the best utk wed kamu ;)
mintak la adik yg handle psl burn CD tuh.sbb adik kte yg uruskan hal tuh.sonang hati den ;) hehe

[yAN!e][pUTraJAya] said...

dangdut 1....

hahahhaha

(^_^)

♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣

newlifenewbeginning said...

umah kite nanti insya allah ada gamelan tapi mmg mahal la..

[ Hanie ] said...

ungu violet:
tu la...tgh risau jgk ni..tak berjumpa lagi dgn org PA Sistem tu lg..dobar2 den!

@yue:
minat? hahah tak nampak ke lelaki gagah perkasa yg mengambil gambar juge di situ bersama2 saya? Kang die karate kanggggg! :P

Noleen:
betul tu, kalau takde bende2 tu, senyap sunyi mcm takde kenduri plak kan? :D

Fathiyah:
betul tu, yg syok sendiri yg nak di elakkan tu, die ingat kenduri kawen dia plak kot :D Erm tu la, maybe akan di paskan tugas tersebut kpd yg boleh di harap :D

yanie:
heppp NO dangdut2 yer cik. Nak dangdut, sila ke kaunter sebelah! :P

newlifenewbeginning:
walaupun budak2 skolah kan? erm no komen sgt la tang ni. hehe