Tuesday, March 17, 2009

Bersuamikan Lelaki Lembut?

Jumaat 2 minggu lepas, aku terbuka satu rancangan di TV9...aku rasa rancangan tu dah lama cuma diulang tayang balik. Nama tajuk ape rancangan tu pun, aku dah terlupa pulak tu la...lame gile baru nak updet kan Aku tengok masa lunch time ari jumaat.

Rancangan ni macam membincangkan permasalahan yg berlaku dalam masyarakat. Kebetulan masa aku tengok tu, topik yg dibincangkan adalah "Bersuamikan Lelaki Lembut" lebih kurang la tajuknya, ni pun aku dah lupe huuuu...

Pengacaranya, Ustazah Bahiyah dan suaminya.

Panggilan2 dari penonton yg masuk masa tu, ada yg isteri bersuamikan lelaki lembut..namun tak bahagia. Dah ada anak pun. Tapi si isteri ni, dah tak tahan sampai nak mohon cerai, kononnya suaminya tak jlnkan t'jwb mencari nafkah, lebih suka tinggal di rumah..dan buat keje rumah & jaga anak.
Ni dah terbalik dek non! Si isteri yg kerja nak menanggung keluarga. Si suami dok rumah. adoi.

Ada panggilan lain pulak, dari suami lembut sendiri. Ada la 3 panggilan rasanya. Rata-rata mengatakan mereka bahagia. Lelaki yg lembut ni, ada yg tak perasan sebenarnya mereka lembut..lembut maksudnya sopan, bukan pondan ok? Cuma org sekeliling yg perasan. Walaupun di cemuh oleh jiran la, keluarga la...pasangan ini tetap bertahan. Yg penting, si isteri kene beri semangat pd suami2 lembut ni.

Panggilan dari isteri yg bersuamikan lembut, tapi tetap bahagia pulak, mengatakan yg kerja mereka jadi mudah sebab suami yg menolong. Memasak la..basuh baju la, jaga anak la...malah dorang lagi expert kot :D Bertuah jugak eh bila tiba tang ni.

Komen aku...bersuamikan lembut atau pun tidak, yg penting suami isteri tu harus memahami, bantu-membantu dan tahu t'jwb masing2. Lelaki di luar sana yg tak lembut pun, haruslah berlembut dgn tutur kata dan layanan.

Jgn duk herdik, di buat isteri tu mcm org gaji. Bantulah mana yg patut. bak kata pepatah, "Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing"

Kan dah keluar ayat Karam Singh Walia dah tu...hishhh.

7 Komen:

xeea said...

yang penting bahagia, kan
tak kisah lah macam mana rupa pun
=)

ungu violet said...

haih..susah..susahhh!

nurul aziyana said...

ada pro n cont jugk kan..tp mmg btul yg penting kite bhgia

m@Ri@ said...

em..jiran aku ade srg yg agak lembut..telah berkahwin n punya srg zuriat..bukak butik pengantin...family die tak leh timer die mcm tu..mungkin malu..tp tgk skrg die dah berjaya ngn butik die..n dah ade bisnes kambing lak skrg ni..n die dah kahwin n ade anak satu...br family die bukak mata..

so moral of stori tak kisah la lembut ke tak ke..janji diorg ni bahagia..kan hanie?

farhanna said...

depend msg2.. ade yg x kisah.. p golongan ni aku rs diorg ni special.. kbyakan diorg ni ringan tulang... so sedikit sebanyak boleh membantu kite buat kja rmh.
hehhehehhe

Mrs. Amie said...

if their soulmate boleh tahan, why bother? masing2 kan ada taste.. lagipun kasih sayang nie tak kiralah dengan sape.. kalau ikhlas pasti bahagia...

[ Hanie ] said...

xeea:
betul tu...kesabaran dan bert'jwb tu penting :D

ungu violet:
haa susah yer farah :D Anda sudah lepas, byk lg cabaran yg harus ditempuh ;

nurul aziyana:
tu la..berdoa byk2 agar kebahgiaan tu kekal selamanya :)

m@Ri@:
wah yeker. Tu l..kene tolak ansur, rasanya si suami & isteri kena kuat dgn semua dugaan

farhanna:
tu la..kite setuju. Banyak yg dpt membantu ye tak? :D

Mrs. Amie:
betul3 (upin ipin) Janji jgn cepat melatah dgn keadaan sekeliling dan tahu t'jwb masing2 ;)