Thursday, January 22, 2009

'Anak-anak' Kami Lari Dari Rumahnya

Semalam, my fiance bagitau, yang salah seorang 'anak' kami telah melarikan diri dari rumahnya!

Haihhh...terberhenti jantungku kejap. Yerla..dorang tu dah la cinonet..kang lari sana sini,tak jumpa..keluar tah mana-mana...tak ke susah nak cari? Dah la anak-anak baru tu, baru nak idup...dah nak lari? Hishh

Menurut my fiance, Lulu tu, memang dah injured sikit sebelum ni. Mungkin bergaduh kot dengan yang lain. Berbekas merah kat punggung dia tu. Mungkin sebabkan itu...dia jadi 'agak' tak terkawal cuba nak lepaskan diri.

Last-last, cari satu rumah...rupanya dia duk bawah katil en. tunang aku ni. Duk mundar-mandir, tatau nak kemana. Huu...ayat pertama aku cakap kat tunangku:

"kasi jentik punggung die tu!" gegege

Sebelum ni, masa dorang ni ada kat rumah aku...Si Ibunya, Nini dah pernah terlepas dari rumah dia. Tah macam mana dia boleh panjat kain yang digunakan untuk tutup balang rumah dorang tu, sebab time tu anak-anaknya baru lahir, aku cover dengan kain nak kasi gelap.

Dia boleh panjat! Time tu aku takda kat rumah. Ayah aku yang sms kata Nini hilang. Ayat nya lebih kurang macam ni:

"Nini hilang tadi, puas punggah satu rumah cari dia...Last2 jumpa kat bilik kamu, bawah katil. Dia rindu kamu kot..sanggup tinggalkan dia dan anak2 nya"

Boleh?
Sungguh dramatik ayat ayahku ini yang meruntun kan jiwa..huuuu

Lepas dua kejadian ni, kami realize kalau hamster ni lari, dia akan tuju ke bawah katil! Boleh pakai ke teori ni eyh?

Pasni...kalau nampak sekor ilang, try tgk kat bawah katil dulu yer...

7 Komen:

ungu violet said...

dulu sekor hamster saya hilang, cari2 ada kat tingkat bawah umah,terjun dari balkoni. dah meninggal...huuuuu sedih!!!

The Mrs-Bride said...

tak.. rasanya dia lari bawak katil sbb gelap kot, dia selesa sket.. kalo kt luar, mcm2 benda dia nmpk so dia takot la.. hahahaha.. anyhow, kan dah kata hamsters nih suka panjat2.. mine dulu siap leh panjat akuarium umah dia tu, pastu terjatuh kt akuarium ikan kat sebelah.. trajis btol pagi esok tu tgk.. dh berenang2 mati.. huhuhuhu.. sedeyyy.. jaga ur hammys elok2 ekkk.. :D :P

green apple said...

malam ni saje, masuk blog ko, dah 3 blog cerita pasal LULU.

Takde nama lain ke weh?
Letak la Ramli Sarip ke, L. Ramli ke, Ramli MS ke.

[ Hanie ] said...

ungu violet:
haiyohhh...sedihnyer. berkecai tak? huu hamster ni pon, kite realize...die takde perasaan takut kalau terjun tempat tinggi. Main terjun jer! Kalau kucing tu...die mcm takut jgk. Hamster tidak..kan?

The Mrs-Bride:
hehehe ye tak yer...eh tapi nita, bwh peti ais ker...tepi2 almari pon gelap jgkkan? :D Haa tu la, panjat2 tu mmg die suke sgt.Huu, tak reti pulak berenang kan dorang ni? haihh..yer, akan dijaga, tapi bile tkde orang kat rumah yg dorang ni buat perangai..isk2

green apple:
haa? 3 blog cite pasal LULU mane? huhu. Bistu nak buat mcm mane...'bapak' nya yg bg nama...diri ini ikut ajer :D Bagus jgk nama2 tu...next keluaran anak akan dipertimbangkan idea kak d. Mau tersodak2 nama2 tu di sebut/jerit ari2 utk panggil hamster2 tu huu

[yAN!e][pUTraJAya] said...

hanie san...
uish..anak ilang dari umah eh
dah wat repot polis lom nih?
geggege

kalau wat repot polis...agak2 nyer polis nak ambik tak keterangan kamo tu?

mueheheehhe

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥
*********************************

[ Hanie ] said...

erk...hehe polis pon pening nak terima kot...mmg amat sukar utk ditemui! :D Dorang dah ade 'banglow' baruu wooo huu akan diupdet nnt :D

[ Hanie ] said...

erk...hehe polis pon pening nak terima kot...mmg amat sukar utk ditemui! :D Dorang dah ade 'banglow' baruu wooo huu akan diupdet nnt :D