Monday, January 19, 2009

Aku Suka Tengok Bila...

Aku suka tengok bila...rumah aku di ubah suai!

Ntah...aku rase pelik...dalam hati takda pun minat nak jadi arkitek...lagi-lagi la nak minat seni lukis ke...tangan aku ni, takda bakat langsung dalam seni-seni lukis...lukis org lidi pon herot, aku lebih terjurus kepada seni nyanyian.

Tapi...

Bila ada orang datang buat rumah aku untuk diubah suai...aku leka tengok dorang buat kerja. Bukan disebabkan kekacakan atau kekuatan dorang tu yer...aku ralit tengok macam mana dorang buat rumah aku tu sampai siap.

Yer ar...bila you all ikuti dari mula renovation tu sampai lah abis...aku akan rasa 'sumthing'. Rasa kagum tiba-tiba.

Sekarang rumah aku macam kapal karam sebabkan renovation yg sedang dilakukan di tingkat atas dan bawah. Kali ni aku tak dapat nak tengok perkembangan kerja-kerja mereka.

Kalau dulu, rumah yg sama aku diami sekarang direnovate...aku akan luang masa untuk tgk dorang buat kerja...ade kot dalam setengah jam..tu pun intai-intai dari tingkap. Takkan la turun tengok depan-depan kan, kang ibu ayah aku bising..kate anak dara dorang ni buang masa. Padahal anak die ni curi tengok jugak..hihi

Sekarang...bila aku balik jer dari keja je..akan jenguk tempat yg dorang buat di siang hari...nak tengok apa hasil mereka seharian. Bila aku tengok bilik air yg di renovate tu dah cantik...mulala aku senyum sorang-sorang. Belek itu dan ini...macam reti.

"wahhh dah cantikkkk" dalam hati.

Haruskah aku cuba kerjaya sebagai buruh separuh masa?

Wahai ibuk-ibuk, bapak-bapak, siapa-siapa mau upah guer? Kang tukar jadi 'rumah kicil'  pulak aku kerjakan :P

2 Komen:

[yAN!e][pUTraJAya] said...

tak nak jemput owang putrajaya pi melawat umah baru ker?

hehhehe...renovate nak kenduri nanti eh...cakpong....cakpong....

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥

*********************************

[ Hanie ] said...

heheh malu la nak jemput :P haah...kasi comelkan sikit hee