Friday, December 5, 2008

Memberi dan Meminta Sedekah

Isu ni bukan aku saja-saja nak kupas. Tadi waktu aku dari perjalanan nak ke tempat kerja, di hari Jumaat seperti arini, aku nampak, ramai orang-orang kurang upaya cacat penglihatan duduk di kaki lima jejantas, meminta sedekah.

Kesian.

Aku terasa samada mahu beri sedikit wang atau tidak. Mengapa tidak? Sebab aku terpikirkan samada mereka ni ada sindikit ataupun tidak.

Aku banyak kali rasa macam ni, bila nak bg sedekah, terasa macam dorang ni ade sindikit. Sama macam kalau org datang ke meja-meja makan time kita di restoran, duduk kejap, adalah yg datang meminta derma atau sedekah.

Ayat yang dorang sampaikan, lebih kurang sama jer, macam dah di train, apa yang perlu mereka cakap bila berhadapan dengan orang ramai. Cakap pulak, takde noktah, terusssss jer. Tu yg membuatkan aku was-was lagi tu.

Budak kecik lagi...dah disuruh begitu. Hmm....

Lagi satu, bila mereka ni datang ke ofiz, meminta bantuan, sampaikan kalau kita nak derma, dengan sekian-sekian harga, dapat buku..aku jadi was-was. Konsep derma atau sedekah ni bukan ke beri dengan seikhlas hati?

Ada sekali aku derma duit, dengan nilai harga buku yg ada. Aku ambik satu. Lepas tu, ade lagi dorang datang..aku tak ambik buku...aku beri dengan seikhlas hati. Rasa dari kumpulan yg sama dengan yg lepas.

Ada satu insiden yg mana aku dan ibu aku alami.

Kami baru nak masuk kereta lepas membeli barang. Di datangi oleh seorang budak (pelajar) yg nak mitak derma. Dia tunjukkan kalendar rasanya, atau ayat quran konon nak beri jika kami beri RM10. Tapi ibu aku cakap, kalau taknak beli kalendar, bole tak?

Budak tu macam paksa suruh beli jugak, dengan nilai rm10, kalau kurang..dia tak mahu. Kami ni pelik la kan...kate nak minta derma, kenapa nak ada nilai atau paksa-paksa org utk beri nilai seperti yg mereka hendak?

Ibu aku tegurlah budak tu, kalau nak minta derma, bukan dengan cara macam tu...mana ada org minta derma secara paksa? Nahh..kan dah kene, ibu aku tu cikgu..silap la kan buat macam tu...lagi2 la gunakan budak-budak.

Jadi macam mana? Kalau tak ditolong..kesian. Tapi kita taktau disebaliknya, mereka-mereka ni cuma nak ambik kesempatan. Kalau betul-betul nak derma atau sedekah, directla dgn badan-badan kebajikan tersebut..atau ke masjid je terus :)

Rasa macam pelik pulak entry kali ni...bahasa penuh skema dan bertatasusila :D Mood raya ni kot...Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yg sudi melawati blog ini yer. Smoga yg balik kampung tu..slamat sampai semuanya...aku balik ari Ahad...nak sembelih tengok org sembelih lembu :P

Aku suka kalau tengok lembu atau kambing kene sembelih ni. Suka tengok time pisau dah kat lehernya. Terlompat-lompat aku tengok isk isk...kesian.

6 Komen:

[yAN!e][pUTraJAya] said...

bila baca entry nih...
mcm2 perasaan dok bermain dalam fikiran kita...

kekadang ada yg betul2 susah..miskin..tak berdaya nak keje...

ada yg memperguna kan budak2 nih yang nak marah nih....

cian budak2 tu...tak bersalah...dah la tak di sekolah kan....

di suruh lak minta sedekah...

susah nak komen bab2 nih la cik HANIE....

hmm....

SALAM AIDILADHA....

nak tumpang raya kat Shah Alam bleh?
hehehhe

@yue said...

iskk..SUKA tgk...pastu KESIAN..bek xyah tgk..ekeke...

klu akk x bg sedekah klu hat yg cmtuh, bialah org nk kate pe..sbb dh jd x ikhlas...

The Mrs-Bride said...

babe.. kalo dah rasa KESIAN time lembu2/kambing2 tu disembelih... takleh arr makan nanti! dosa! (err ye ke?) tp kira mmg xleh kesian2 pastu makan la kan.. huhuhu..

anyhow, byk sgt dh kene ngan yg mintak2 derma/sedekah ni.. kekadang tu, kalo dh dpt kalendar 1.. make sure simpan dlm kete.. pastu bila isi minyak (dorang ni kekadang suka wat port kt stesen minyak), tunjuk je calendar tu.. cakap "dah dah.. tu!".. hahaha! it worked.. terdiam budak tu.. tau pun.. brape kali nak amik kalendar awk tu dek oii.. derma tu boley la tp cannot selalu kalo muka yg sama jer.. haih..

Memey Anuar said...

err. mcm kesian la kan pada yg meminta sedekah.

tp mcm klaka sbb awak spell 'sindikit' hehe
bukan sindiket ke?:p

mieza said...

eh hanie tak perasan u dah tukar blog dah :)

[ Hanie ] said...

[yAN!e][pUTraJAya]:
tu la yanie. Taktau la dunia skrang ni. Em berdoa jer la agar bende2 ni sentiasa dijauhkan. Hee sian die tak beraya di kampung yer. MArila..lembu byk tumbang kat sini aritu :P

@yue:
btul2..tunggu dlm hatini btul2 ikhlas. Kalau nak tunjuk2, kang jd lai pulak maknanya ye tak

The Mrs-Bride:
tu la nita, tak paham den dibuatnyer. isk2

Memey Anuar:
kesian tu mmg keian, tp yg jd tak kesian pd yg ambil tu.huuu. Haa tersilap plak taip, tu la, punyela kalut nak menaip :P

mieza:
hai mieza, bukan tukar la..yg lame still remain. cume bukak lg satu blog jer :D