Thursday, November 6, 2008

Fuzuri Design VS HanieFD

Fuzuri Design & HanieFD

Aku bukan manusia tamak, yang mungkin korang perasan dua-dua blog ini tertera nama aku...

Camnila nak cite..flashback lagi!!

Blog blogdrive tu sebenarnya dulu adalah blog personal aku. Diterbitkan masa zaman Universiti lagi...pastu, dah aku selalu update dan banyaknya entry-entry tu, aku citerkan mengenai aktiviti partime kami (aku & Mr. F) dalam bidang fotografi, jadi....

Dah jadi macam fotoblog pulak kami tengok. Memandangkan kami pun nak promot hasil kerja kami yang sekarang ni Alhamdulillah semakin diterima...kami telah berbincang untuk jadikan aje blogdrive tu, official blog Fuzuri Design. Sementara jer...dah ada website sendiri nanti, tutupla kot blog tu....

ke korang taknak aku tutup blog tu?

Sekarang ni, terbit pulak haniefd.blogspot.com ni. Blog ni, banyak aku ceritakan tentang sehari-hari aku, luahan aku, atau apa saja yang aku rasa nak kongsi. Nak tengok hasil kerja kami, klik kat belah kanan atas tu yer puan-puan. FUZURI DESIGN BLOG.

Nak tengok portfolio kami, klik kat flickr atau fotopages tu.

Aku amat berterima kasih kepada yang sudi jenguk hasil-hasil kami. Taknak korang terkonpius pulak kan. Bila tengok FD (fuzuridesign) Blog tu tak berupdate...terpikir pulak blog FD dah tukar blog sini.

BUKAN.

Blog tu akan aku updatekan bila ada design-design, promotion-promotion ni yang ramai nak dengar ni event-event terbaru kami atau apa sajalah yang berkaitan FD tu.

Bagi yang nak booked tarikh, sila ALERT dengan tarikh yg telah kami tempek kan kat belah kiri blog tu atau kat fotopages kami.

Kalau masih free, jangan segan silu email kepada kami kay. Kami sedia reply email anda a.s.a.p :D

0 Komen: