Wednesday, October 15, 2008

Style Tudung

Selama ini, aku lebih senang memakai tudung bawal untuk kemana jer, pergi ofiz, pergi jalan-jalan atau mana saja. Senang nak bentuk, senang nak kendalikan bak kata orang, semua bolehla.

Sejak akhir-akhir ni, style tudung ala-ala orang arab pakai, ramai yang dah cubanya. Nampak cantik terletak jer.

Aku?
Aku pernah try, tapiiiii lastly muka jadi pelik....terkelepet jer rasa.

Kalau nak pakai tudung jenis lembut kainnya, aku kene pakai anak tudung yang depannya keras tu. Baru la terletak sikit.

Korang taukan watak Sudin dalam citer Seniman Bujang Lapok? Yang ade scene dia pakai ketayap duk hafal skrip filem sampai tutup mata dia? aaa mcm tu la nanti jadinya rupa aku kalau tak pakai anak tudung tu.

Tak mahu aku!

Pastu, ada lagi satu style, yang pakai selendang atau tudung bidang kecik contoh terdekat tie rack tapi aku takda pun lagi tudung ni :D, pastu lilit-lilit kat kepala. Tu pun aku kene pakai anak tudung keras tu. Pernah aku try, dah jadi bibik indonesia aku tengok. Pastu, tang belakang tudung ni, punya la serabut. Orang lain, kemas jer. Tak reti aku. aku ada koleksi jenis selendang ni banyak, suke jer beli sebab nampak lawa...tapi tak reti pakai isk isk

Mau kalau nak belek pakai tudung ni, berejam aku perlukan. Kalau nak ekspres², mau tercekik aku dibuatnya nak kasi kemas bahagian depan dan belakang.

Saya ini, mau la jugak berfesyen dan nampak lain kan kadang-kadang. Tapi tu la, cepat give up.

Ni aku tempek satu gambar yang aku pakai tudung jenis selendang tu, nak cari contoh malas, so cari contoh terdekat bermodel kan aku kuikuikui sib baik tak nampak belakang...tak kemas langsung! benci!


3 Komen:

[yAN!e][pUTraJAya] said...

alallalla...sedondon la baju dia dengan tunang tershayang tu...muehehheheh

@yue said...

meh²..kita bukak kelas pkai tudung meh...hihihi...

[ Hanie ] said...

yanie:
hehehehe (gelak gatai) mmg kebetulan pun kami pakai sedondon. Bila dah jumpa baru prasan. Mula la hanie nak senyum sampai ke telinga :D.

kak @yue
waduh...kelas? jd model bolela hehe. Nak tukang buat, mintak serender dulu :P