Thursday, October 30, 2008

Series...Aku Tak Reti

Berdasarkan entry ( Tatkala Photoshoot Diri Sendiri ) memodelkan diri tu bolela...kalau bab ambik gambar guna DSLR tu...OUHH TIDAKKK!

Ada la jugak aku try snap sana sini, tapi hasilnya? Bole dikirala berapa kerat jer jadi. Dari 10, mau 2 jer yang jadi gambarnya. Aku tak reti berimaginasi tinggi nak jadikan gambar-gambar tu lawa...

Yer, nak ambik gambar ni, kita kena tau angle, lighting, semua asas-asas DSLR tu, ilmu-ilmunya kena ada dalam kepala. Tapi kalau takat diberitahu sekali, pastu asik lupa jer..memang susahla kan nak lekat ilmu-ilmu tu.

Berapa kali dah Encik F tu duk bagi tau atau ajar aku, aperture tu apa,(ntah ke betul ke idak ejanya) kalau gelap, apa nak kene buat, shutter speed macam mane nak setting, ape lagi eh aku pun dah lupa Mr F sila tambahkn lagi term2 yg digunakan yer :D

Ingat sekali tu jer la...lepastu bila pegang DSLR tu balik..aku dah lupa semua!

Tu la gunanya ayat ni "Practice Makes Perfect" Sape suh tak practice? sebab takde kamera la ibuk2. Alasan!

Yer, aku hendak memilikinya..tapi tatau la bila. Tapi bila dah ada, adakah aku berjaya mempelajarinya? Aku ni lembapppp skit nak belajar. 

Nantilah, bila aku dah ada satu...aku akan tekun belajar dan mengingatnya yer sambil kenyit mata kat En F..beli kan eh?  Gegegege.

Aku taknak beli DSLR nanti orang kata sebabkan trend. Tengok jer la sekarang ni, berapa ramai yang dah beli kamera yang boleh sangkut kat leher tu? Ramai kan? Sebabnya? Harganya dah tersangat murah!

Memang la menjangkau ribuan jugak, tapi untuk harga kamera yang nampak cool, nampak profesional, gambar cantik seperi DSLR ni....ia memang berbaloi.

Aku berkehendakkan kamera ni adalah untuk profession aku di masa depan bukan disebabkan trend. Tengok lah, ada rezki ada lah  :)

Tapi tauke kedai cakap, harganya dah nak naik kalau tak beli sekarang!! Arghhh...TERTEKAN!

0 Komen: