Tuesday, October 7, 2008

Selamat Kembali Bekerja

Salam semua..

Aku baru masuk keje arini...perasaan? Waduuhhhh malasssnyerrr! Dah la blog tak terupdate sejak bercuti rayo bukan rayo sakan...online je slalu...tapi takde mood nak cite ape :D

Macam mana raya korang? Aku? Biasa-biasa jer....Balik kampung belah ibu aku (Sg. Siput, Perak) Isnin lepas sampai Khamis dah balik S.Alam.

Aktiviti dipagi raya...bangun-bangun jer nak terkam juadah-juadah yang telah disediakan. Favourite aku - nasi impit + kuah kacang + rendang ayam. Lemang pon ade jugak...tapi yang ini selalunya aku makan first raya jer nak lepaskan kenginan tu kan. Lepas jer semayang, sesi berposing menjadi agenda wajib setiap kali sebelum pergi kubur dan ziarah sedara-sedara. Dan aku adalah manusia yang akan siap paling lambat sekali! Yerla, nak make up lagi...nak pakai tudung lagi mane ade pakai makeup time sembahyang kan, so ambik masa. Dorang yang lain dah bersalam-salam dan pas-pas duit raya..aku duk terkedek-kedek lagi melawokan diri.

Raya tahun ni, memang penuh rumah tu, semua ada. Termasuk la si kecik sepupu aku yang 5 bulan tu. Siap pakai baju melayu lagi...adoiii geram tengok kecomelan dia tu. Habis bab ambik gambar, bergegas kesemuanya ke kubur nak ziarah arwah atok. Walaupun dah 5 tahun arwah pergi...tapi masih ada terasa 'dia' ada lagi bersama kami. Ntah...memang dari dulu rasa macam tu.

Pergi la berkunjung ke rumah sedara-sedara sekitar Perak ni. Kali ni, kami beraya sampai ke petang. Mood ape ntah semua orang larat nak berjalan-jalan macam tu. Sampai rumah, masing-masing cari lantai + bantal nak membetulkan pinggang dan seterusnya tidooo.

Sampai kat rumah, duk tengok tv lah kan kejenya. Macam-macam ada jenuh susun schedule. Citer hantu pun berleluasa jugak waktu raya-raya kali ni. Nasib baik tengok siang-siang, kalau tak...ada yang selubungkan bantal jer tutup muka aku yang penakut ni pun ada hati jugak nak tengok!

Raya kedua dah balik Shah alam. Beraya pulak rumah-rumah sedara kat KL. Sabtu pagi, aku bergerak pulak ke Segamat, Johor bersama family Mr F untuk menghadiri pertunangan adik dia. Nak tengok gambar-gambar yang di ambil, klik kat Fuzuri Design Fotopages



Lepas majlis...kami bergerak pulak ke Kemaman, T'ganu, rumah mak sedara Mr F. Esok nyer balik KL wahh jalan sakan plak aku kali ni yer. Dan waktu balik...kami terperangkap dalam jem yang sangat teruk! Perjalanan yang boleh ambil masa 2 jam, dah jadi 5 jam baru sampai! Memang ngeri betul la...dengan minyak yang dah nak abis..stesen minyak jauh berbatu lagi..Sebenarnya bukan jauh mane pun 20 lebih km jer lagi, sebabkan jem tu, 2 jam baru nak sampai R & R Genting Sempah nak isi minyak daro Plaza Tol Temerloh.

Tengok2, sempat rupanya sampai KL dengan minyak yang ciput tu. Sepanjang jalan aku duk bebel kenapa lah takda stesen minyak banyak-banyak. Dah jem macam tu, tak ke haru semua orang dibuatnya. Mula-mula ingat nak berhenti la kan tunggu jem reda takut tak sempat sampai..tapi pikir balik, kalau tunggu, mau pukul 12 tengah malam pun tak reda jugak jem ni.

Apepun, asalkan selamat sampai la kan. Arini dah mula kerja...memang lembapppp sikit mood nak datang kalau dah cuti lame bebenor kan. Buat entry ni pun rasa macam janggal semacam jer...nanti updet lain k.

Terimalah gambor di pagi raya lepas...yang ni jer sempat transfer :D




Bersama adik-adikku yang gila bergambor dalam kete pagi tu




4 Komen:

@yue said...

alalalaaa...tomey laa diaaa...

*tul ke ni x mkn nasik? tu nsi impit lemang tu kn adek bradek..hakhak!

Mrs. Amie said...

wah..jalan2 mcm org dah kawin yer Hanie!

[ Hanie ] said...

@yue: tomey? hehe sile pakai speck kak ayue. Haiyooo yer tk yer...dua-dua tu nasi kan? takpela, sempena raya yg setahun sekali ni..dimaafkan sekejap :D

mrs amie: Wahh..'macam' jer. Memeriahkan majlis bakal family kan :D. Lagipun kamilah fotografer that day hee. Jgn mara ha :P

@yue said...

erk..hanie ku cyg...
ahkak x pkai spek oke..pkai contact lens :p..muakaka...