Wednesday, October 22, 2008

Sambungan Dari Entry Lepas

Sebenarnya aku nak ambik gambar dari entry lepas jer...yang berkaitan dengan MENGANTUK!

Ingat entry ni? (here) yang no 4. Pasal tido.

Aku kalau bab tido ni, memang senang. Jangan tak cukup tido pun susah jugak, aku akan qada kan nya berdouble pulak jadinya. Macam bulan puasa, kalau lepas sahur waktu ujung-ujung minggu, aku akan tido balik..tu pun lewat, dalam pukul 9 keatas. Pastu la tido sampai ke tengahari/petang. Tak pasal-pasal makhruh dah tidur aku. Nak buat macam mana, tak tido ngantukkan...

Jadi, berbalik pada topik tidur tadi, arini adalah sejarah yang agak kelat bagi aku dan seluruh famili aku....

Kisahnya....sepanjang aku naik komuter balik tadi aku buat entry ni jam 11.24mlm, tak bole nak tido lagi aku kene berdiri. Pastu..sepanjang perjalanan sampai ke Subang Jaya, memang aku dah tersengguk-sengguk nak tido takda sorang umat pun nak bagi aku duduk...terkiciwa sikit di sini.

Bila dah sampai Subang Jaya, baru la aku dapat duduk dengan amannya. Selalunya sampai jer Subang, aku akan misscall ibu aku  sebagai sign utk keluar ambik aku kat stesen shah alam.
Lepas misscall, ntah macam mana, aku boleh terlelap! Tersedar balik, lepas pintu komuter tutup dan train baru bergerak sikit. Nak terus bangun, keluar, aku masih dlm keadaan duduk, tak sempat. harharhar.

Dah terlepas stesen!! arghhhh!

Terus aku sms ayah aku kata aku tertido and akan turun next station. sib baik dia bawak hfon arini..selalunya dia macam tinggal jer...kalau tak jenuh keras ayah tunggu aku yg tak muncul-muncul :P Soryyyyyy.

Dia reply apa tau:
"hish...patut la tak nampak-nampak!" Ampunnnnnn.....

Sampai padang jawa station, terus turun dan pergi hala ke Sentul balik :D

Dalam 4 minit sampai train, walaupun train kosong..aku langsung tak duduk dah! Kang buatnya terlena lagi..duk patah balik patah balik subang - padang jawa..tak ke haru? Baik aku tido terus kat stesen jer kan?

Turun kat shah alam, aku dengan senyum simpulnya menemui ayahku..dia hanya gelak-gelak jer. Dan aku dengan penuh rasa yakin, menceritakanla apa yang dah jadi sebagai menutup kelalaian aku. Sampai rumah, ibu aku pulak tanya, kenapanya lambat? Gegege...citer lagi kat dia, dorang gelak sama-sama. Adoi.

Moral dari cerita dan pengalaman aku ni, janganlah anda duduk kalau tak confident dapat bertahan bila anda rasa dah mengantuk yang amat sangat ketika lagi beberapa stesen je dah nak sampai. MUNGKIN anda akan mengalami nasib yang sama melainkan anda kunci jam!
Sekian.

2 Komen:

@yue said...

seb bek x smpai ke pelabuhan klang..klu tak trus smbung nek kapal lak eh...miahahaha....

[ Hanie ] said...

muhehe...tu ar pasal. Kang terus menjadi pelarian pulak yer :P Kak @yue takmo join? hee