Thursday, October 23, 2008

Raya - Makan - Kenyang - Gumuks!

Harini kat ofis aku ada sambutan hari raya untuk semua staf. Biasalah, tiap-tiap tahun pun ada. Konsep kat sini, staf-staf akan buka gerai yang telah di set kan menunya untuk setiap gerai. Gerai² tu terdiri daripada gabungan beberapa buah department lain.

Menu kami tahun ni, kuih-muih dah 2 tahun berturut² duk served Sate jer, tahun ni tukar selera. Dari semalam lagi kami dah bertungkus-lumus hias gerai masing-masing. Syok time ni, sebab bole tengok macam² ragam, kretiviti dan sesi memungut/berebut segala peralatan dari pelusuk tempat :D. Kami pun ada gak ambik barang seperti kerusi & platform. Tu pun kena cepat, kalau tak, sure dah kena kebas!

Harini, pagi-pagi lagi dah bersiap nak sambung hias balik. Yer ar, semalam kan hujan ribut, memang tak pasang apa-apa sangat, kang buat rugi jer.

Semua orang pun bergiat sangat nak hias khemah/gerai masing² sebab ada pertandingan. Kami memang tak pernah menang pun, tapi saja nak meriahkan majlis kan pssttt ada pejabat orang tuuu menang no 5 drp 16 gerai rasanya :P Tahniah yer!!

Menu pun dah macam-macam...nak aku list? Sila baca dengan satu nafas saja!
Sate, Laksa Johor, Laksa Penang, Mee Kari, Air bandung, Mee Bandung, Kuih-muih (karipap, serimuka, kuih bakar, kuih bakar berlauk ni mmg superb! aku telan byk btol, kuih koley kacang, tepung bungkus), Nasi Beriyani/Nasi Jagung, Sushi yg ni kompem aku dah terkam dulu!, Lemang, Soto dan Roti Jala. Ni jer aku ingat..tu pun jenuh mengingat mengikut urutan nombor gerai

Banyak? Haruslah penuh sarat perut aku kan....itu pun dah cover ambik sikittt-sikitttt jer makanan, cuit sana sini sikit. Tetap full! Mana tak nya, sambil potong kuih kat gerai, sambil masuk mulut kan..memang la penuh! padan muka

Tapi makanan² kali ni, memang tak mengecewakan. Semua cukup rasa. yang kurangnya, cuma cepat sangat abis! Ada yang tak dapat nak rasa pun bagus pun abis cepat, takda aku sumbat lagi dlm mulut

So, inilah kisah seharian aku. Balik ofiz, ngantuk dan tidur dah macam ular sawa betul, perut kenyang, melingkar!

Meh aku tempek gambar yang sempat di snap oleh encik tunang :D. Mekaseh tau. gambar gerai aku kat kamera lain...lain kali lah yer up


2 Komen:

[yAN!e][pUTraJAya] said...

hamoi2....santek nyer yg berbaju ungu itu...

masing2 ramping ek...

hehhehehe

[ Hanie ] said...

huehue...teknik pengambilan gambar harusla memainkan peranan yg penting utk menmpakkan kerampingan :P