Monday, October 20, 2008

Pelik Yang Aku Benci

Korang biasa guna pengangkutan awam kan? Bas? Teksi?

Yang aku nak bincangkan kat sini adalah, korang biasa tak naik dua-dua jenis perkhidmatan awam ni, bila naik jer, driver bas/teksi akan buka atau pasang lagu yang bahsa satu hape pun kita tak paham? Yakni bukan bahsa melayu mahupun inggeris?

Kalau driver teksi bukan berbangsa melayu, tak buka siaran radio atau lagu bahasa melayu. Dan kalau driver bas pulak...pasang kaset lagu-lagu dangdut sepanjang setengah jam berada dalam bas tu...apa perasaan korang? Nak tido? Bingit...alih-alih terpaksa rela mendengar apa saje yang terpaksa masuk dalam gegendang telinga ni. boleh cair okkk!

Tapi aku tak paham, sebenarnya kita naik pengangkutan awam ni, nak ikut kehendak penumpang atau kehendak telinga driver? Nak aje aku pi cakap, pasang la lagu atau radio semua orang boleh paham dan sedap mendengarnya...ni tak, lagu dangdut yang meleret-leret tu jugak die duk mainkan.

Ada sekali tu, dalam bas kan dorang² bole berhubung dengan bas-bas yang lain pakai walky-talky, boleh driver tu cakap apa? bas yang pasang lagu dangdut tu "jap jap...aku nak layan lagu ni, kang sambung" Boleehh? Dia nak pikir telinga dia jer, ni ada 40 telinga orang lain, taknak ambik kisah? Sakit jiwa raga betul.

Bukan nak marah, kalau dorang nak pasang apa saja dorang suka, tapi ikut majoriti la kan. Tanya kat semua, sapa taknak dengar lagu dangdut semata, sila angkat tangan. aku orang pertama angkat dua-dua tangan! Kita dah la orang malaysia, semua pun tau bahsa kita, lain la kalau mat saleh ke naik...nak menunjukkan budaya kita, pasang lagu-lagu tradisional ke kan ade ker yang begitu prihatin macam ni sekali?

Ntah la, aku memang tak puas hati sikit bab ni. Aku ni berjiwa seni tapi bila orang dah pasang lagu ikut sedap rasa dia jer, sape tak geram. Pagi-pagi radio banyak, nak tau trafik ke, berita ke, ni takkk....lagu dangdut tu jugak duk ulang-ulang sampai dah next side 2, 3 kali. Huh. Macam berada di Jakarta ya ibuk ibuk

Aku kenal rupa driver bas tu...dah dua kali kena, asal naik bas dia, dia pasang kaset kegemaran dia tu.

Kang aku gelek gerudi inul depan dia kang....aaa terus takmo bagi aku naik dah pastu.

Aku jugak yang glamor satu malaya. Mau??

3 Komen:

[yAN!e][pUTraJAya] said...

tak dapat ku bayangkan hanie san gelek gerudi atas bas...hehhehehe...

hanie san....yanie san sudah reply semua komen...adoyai..fenat jari2 ku....

The Mrs-Bride said...

klakar ahh hanie.. :P

p.s. lama x jmp kann.. bila nak dtg beraya teratak sewa ku?? cewahh.. *wink*

[ Hanie ] said...

[yAN!e][pUTraJAya]:
hepp...jgn bayang. Kang tingin nak ikut sama pulak huehue. Gerudi secara berduet! adoi

The Mrs-Bride:
hehe, entry menahan geram ni :D. huehue...insyaallah nita ;) Rayo dah nak abis ni