Tuesday, October 7, 2008

Masalah jerawat?

Aku nak kongsikan dari pengalaman aku yang dahulunya ada masalah kulit. Aku rasa masalah kulit aku ni mula menjadi-jadi sejak aku tukar pencuci muka kepada Loreal sebelum tu aku dah terlupa produk apa yang aku pakai. Guna jer Loreal punya pembersih muka, muka aku naik penuh jerawat. Mungkin tak sesuai kot.

Aku ni, kalau dulu bab-bab pilih penjagaan muka ni, tengok kat iklan nampak model-model nya pakai elok jer, aku teringin nak try...tengok orang lain guna..nampak elok, terasa nak cuba jugak. Alih-alih...baru padan dengan muka, produk tak sesuai. Agak lama jugak la masalah aku ni nak ilang. Jerawat-jerawat yang tumbuh kat muka ni berjenis sikit. Jerawatnya bukan timbul-timbul bernanah macamtu...tapi duk dalam kulit bole jerawat macamni? walaupun tak nampak...muka aku nampak macam lebam!

Lepas beberapa lama...ayah aku ada beli produk ni dari India masa tu aku tatau pulak produk ni dah ada kat M'sia atau tak. Neem - Dari Produk Himalaya. Memang berkesan la aku makan ubat ni. Dia akan cuci darah kita...yang akan membuatkan segala bendasing yang ada dalam darah ni keluar.

Mula-mula, akan keluar la seketul-seketul jerawat. Dekat 6 bulan kot aku makan ubat ni, hasilnya memang nampak. Bila aku raba-raba kulit muka aku ni, takda dah jerawat-jerawat dalaman macam dulu.

Kalau ada siapa-siapa yang nak cuba, dekat Guardian & Watson ada jual. Harganya RM 30++. Hanya makan sebiji..dua kali sehari. Try lah yer :D

7 Komen:

Mrs. Amie said...

wah..betul ke hanie? nasib amie takde jerawat.. tapi klu sape makan nie, tetiba plak timbul jerawat..AWASSSS yer Hanie...agagaga...

[ Hanie ] said...

muhehe...bg yg takde jerawat, terasa nak ade jerawat plak..silelah try juge (dah muka lawo..gatai nak mkn jgk yer) takmo t'jwb lah yer kuikuikui

[yAN!e][pUTraJAya] said...

akan ku terai cuba test ini produk...kekkekke

[ Hanie ] said...

huehue yer yer..sile2. Bukan muka yanie kulit dah lawo ke? kang tumbuh sampai terkeluar bende2 yg tak patut keluar baru tau :P

Memey Anuar said...

alamak..bila ku raba2 mmg ada la jerawat dalaman. rasa mcm bumpy gitu kan..
sebenarnye ade pil ni kt umah hehe
tp xdicipline mkn..ada 2 botol lg..

balik ni nk mkn la!! :D

p/s: sini block ym dan segala2nya..so reply komen je eh hehe

[ Hanie ] said...

Memey Anuar: hoho tu la..berbiji2. Kalau nampak, bole tahan lg..ni duk tersembunyi...tu yg buat lg gerammm tu! haish2
Haa silela bwk mkn...mungkin elok. Sebab dah terbukti berkesan utk kita ;).

Lalala..patut la berkomen2..die tak bleh ym2 rupenyer. hehe. Sabor lah yer

Sellynna said...

ubt ni kesannya nmpk dlm 6 bulan ke? kalu mkn sbijik sehari bleh ke? jerawat tu skali byk ke keluar? risau ni.. sbb muka mmg ngalahkan bulan.. kang makan, abis segala mak nenet jerawat keluar.. haru jugak nak gi keje..