Friday, October 24, 2008

Cerita Hantu

Korang suka tengok citer seram? Hantu?

Dulu-dulu memang kalau bab citer hantu ker, seram ker, suspen aku bole lagi aku orang pertama ambik bantal, atau duk belakanggggg sekali.

Time duk rumah sewa waktu belajar dulu..kami serumah ada yang minat giler dengan citer² mcmni, aku dgn member lagi satu (nurul) memang agakkk penakut sikit. Kami la mula ambik bantal..duk rapat-rapat.

Duk rapat-rapat ni bukan apa, bila tiba scene yang seram tu...pandang sesama sendri. Sambil ngadap, sambil cakap atau tanya kat member² lain,

"laaa awat la bunyi/lagu die macam tu", "dah abis tak ke tak tu?", "Hantu dah keluar ke tak?"

Bolee?

Memang dasar penakut! Orang lain tengok, dua-dua ni pun sebok jugak nak join bukan salah kami yer...dorang yang paksa tengok!

Housemate aku ni, kalau nak tengok movie macam ni atau apasaja movie yang dipasang pada pc, akan tutup lampu. Nak feel-feel macam dalam panggung, padahal beli cd kat pasar malam jer jadilakan, at least mengikuti perkembangan filem!

Pastu, kalau salah sorang nak ker toilet (aku & nurul) terpaksa batalkan hajat sebab yang lain duk sakat, ada hantu duk kat tingkap la..duk kat jamban la...tau ar kami ni penakut..tak kesian ke sampai kene tahan kencing pulak? adoii. Tu la..imaginasi kami berdua tinggi sangat, macam nampak jer antu-antu tu bertenggek, sambil bermain tenungan mata..harharhar.

Tu kisah dulu...

Sekarang aku suka sangattt tengok cite TV3, Kekasihku Seru. Janganla kacau malam jumaat jam 9.30 mlm yer..aku nak tengok.

Biarlah ambik bantal ker, tutup pakai tangan ker, aku nak tgk jgk aku cakap. Awal-awal citer ni memang menyeramkan, antu lepas satu, satu yang keluar. Nampak cam real plak tu. Sekarang ni citer die dah banyak pasal lain plak...suspen² jer. Okla tu kan. Tinggal 1 lagi episod jer kot...next week last!

Pada sesiapa yang tak pernah tengok citer ni, bolelah la ker laman web TV3 utk tengok secara online.

Korang penakut macam aku jugak tak? Berapa biji bantal jadi penghadang?

0 Komen: