Friday, October 31, 2008

Ada Anda Kisah Pasal Dia? Kalau Dia Pun Buat-buat Tak Kisah...Boleh?

Terlebih dahulu entry ini adalah meluahkan rasa tidak puas hati yang berlaku pada seorang teman. Kalau entry ni membuatkan korang tak senang ker...harap mohon maaf. Cuma nak luahkan apa yang aku rasa tak patut berlaku lagi.

Yer...betul,  kita semua ada masa lampau, masa silam yang mungkin manis...tak dapat nak lupa, tapi itukan kisah silam, dah lampau, dah boleh masuk muzium atau arkib tanpa perlu diusik atau dicuit

Yang aku tak berapa nak paham lagi dan agak terbelit-belit sikit otak ni memahamkannya...sekarangkan dah macam2 yang dah berubah, anak kecil yang tak reti berjalan pun dah berlari,  struktur fizikal bumi pun banyak yang dah berlain, ilmu di otak pun dah berganti dengan input-input yang lebih penting dan terkini.

YANG MASIH TAK PAHAM TU

Mesti ker nak ingat masa lampau yang dah takda kaitan bagi diri anda lagi?  Mengapa perlu nak terus-terusan bersedihan atau susah hati atau tak puas hati? Kenapa perlu ganggu hidup sendiri, dengan rasa bersalah...buat apa? Apa faedah atau bahasa kasarnya kejadahnya? Ada orang tu buat salah dengan anda?

Biarlah dia dengan hidup barunya...bergembira...bersuka-ria, anda tak boleh senang duduk ke kalau dia gembira? Kalau dia tersenyum sepanjang masa? Anda sesak nafas ke? Rasa kepanasan ker? Meh kami nak bagi lagi panas.

Bila dia tentang, bila nyatakan rasa tak puas hati, orang lain kata...biarlah, dia nak kata apa...tu hak dia.

Habis, ape pulak hak yang harus diberikan pada orang yang anda kata tu? Dia tu patung Barbie yang dipakai miniskirt rambut blonde2 baju warna-warni tu ker? atau pepatung yang berterbangan kadang2 hinggap kat mana-mana tu? Takda perasaan kah?

Perlu ke nak dibagitau seantero dunia yang dia tu ada perasaan  juga seperti manusia-manusia lain sepertimana anda mengwarwarkan tentang itu dan ini? Budak tadika pun ada perasaan, inikan pula manusia dewasa yang dah baligh dan berfikiran waras.

Bukan dia nak melatah, bukan dia nak salahkan anda, cuma dia kurang paham dan terasa tak perlulah perkara ini di bangkit-bangkitkan lagi. Selagi dia bersabar, semakin anda main-mainkan perasaannya. Manusia...tahap kesabarannya terbatas. Lama-lama, dari diri tidak mahu diperbodohkan dengan perkara-perkara yang tak patut dibangkitkan tu...dia turut membodohkan dirinya.

Aku simpati...aku kesian...lama dia pendam...lama dia sabar...tapi siapa yang menyokongnya? Semakin dipendam, semakin dipijak. Cukuplah....tutuplah, bukalah cerita baru yang lebih berpijak dibumi yang nyata...

Jika anda berada ditempatnya, dicuit, dimainkan perasaannya...apa anda buat? Buat bodoh?

Marilah kita sama-sama BODOH!

Sekian.

4 Komen:

Dayu said...

hmm...gitu lah manusia ni, mcm2 ragam, ada kalanya susah nak terima kenyataan..
bukan tak nak belajar terima tapi paksa hati tu berdegil, yang merana nye..bukan diri sendiri sorang, heret gak org lain sama..tak ke naya tu..

[ Hanie ] said...

yer tu la dayu...kalau tak nyusahkan org lain takpe.
setiap yg dicakapkan tu, sbenarnye adalah perit nak diterima oleh org lain. Haih..kadang2 kite perlu letak diri kita ni berada di kaki/hati org lain.

~HateBitchySoMuch~ said...

seb baik yg si 'membuat hal' tu x komen pulak ye kat entry ni.ne la tahu dia nk menyamar lg ke, ntah jd sapa2 ke, nk comment entry ni.nak jgak aku tgk n bc comment dia yg konon 'memahami hati wanita', hohoho.. it is such a bitchy by doing like that! just backoff from her n her fiance's life! mind ur own business, bitch!!~

[ Hanie ] said...

erk..marah btul yer tukang komen diatas ni yer hee :D.

Ntahlaa...masing2 dah besar. Boleh pikir baik buruk perbuatan tu.