Wednesday, September 24, 2008

Hasil Rembatan


Gambar pagi tadi untuk try 'benda' baru :D



Dalam entry sebelum ni, kita ada mentioned nak pergi shopping raya kan? Yer, dengan jayanya semalam me & incik tunang telah ke Jalan TAR/Masjid India semua pukul rata sekali jalan

Wahhh sudah banyak kedai-kedai yang membuat mataku berpusing macam ikon Yahoo Massenger tu. Seminggu atau dua minggu lepas aku dah ke sana...tapi belum meriah sangat. So kenala bersesak-sesak jugak dengan semua orang.

Dimulakan dengan perjalanan ke area-area tepi Semua House tu aku tatau nama apa jalan tu...panggil jln TAR jgk ke? Sepanjang perjalanan, tiada yang berkenan. Adoi..aku ni kalau bab-bab pilih baju ke..memang agak lembap membuat pilihan. Ada yang berkenan, mahal....Ada yang murah, macam dah ramai je orang beli, jadi....



Aku tak beli baju langsung semalam!!! kah kah kah....sila ketawa :D

Hanya dapat membeli 2 tudung SAHAJA. Macam ni kisahnya.........

Semalam aku bawak la dua pasang baju yang dah ada, tapi tak berpakai untuk mencari tudung-tudungnya kat sana. Bila incik tunang tengok, dia cakap toksah la beli, dah berabis duit kat baju-baju tu. Aku yang menurut perintah dan berakal logik, pon membatalkan hasrat nak beli sepasang lagi. Yang dah ada, batik siffon, satu lagi baju yang kain angkasawan dibeli oleh ibuku yang nak tengok anak dia ni jadi angkasawan di pagi raya

Jadi aku hanyalah mencari tudung-tudung untuk dua baju ni.

Pastu kami ni ke Arked nak cari tudung. Masa cari tudung tu, haruslah aku mengibarkan kain-kain yang aku bawak tu untuk mencari warna yang sesuaikan dah satu arked tau baju raya aku macam mana...haihh

Nak cari tudung pun payah ok! hish...pastu terberhenti satu kedai ni. Seperti biasa, kibaran dilakukan dan orang kedai tu la tolong carikan. Biasala...haruslah dia offer yang mahal-mahal je dulu kan...ha ha ha...memang tak la... aku nak beli :D

Dah jumpa yang sesuai, kain angkasawan tu, korang tau kan macam mana kain nya? ala, yang mengerlip-ngerlip satu kain tu. Dia boleh offer tudung pun, yang berbatu-batu dan berkilat ujung kain tudung tu. Haaa? dalam hati aku, dah la baju tu liplap-liplap, nak offer tudung pun kelip-kelip, kang ada yang kata lampu raya bergerak di pagi raya tu kang. aku tak soka!

Memang la glamor...macam mak datin plak aku nanti aku tau, muka ini dah ada calon-calon bakal datin ni

Ha..tapi taknak ar, macam sarat jer. So aku putuskan nak beli tudung kerawang-kerawang jer untuk baju tu. Simple sikit. Satu lagi, berbatu gak aku ambik, sebab taktahan godaan :D.

Rembat dua-dua tu pun, aku dah abis RM 100! Berbaloi ke? Macam mahal jugak kan? Tu pun aku dah tawar dah. Tu je last price. Biasalakan kain tudung cap hape pon aku tatau..malas nak ambik tau, yang penting, misi untuk tudung..sude seleseiii.

Pasni nak tumpu pada kuih-kuih raya pulak. Ada aku nampak Rm50, dapat 3 balang yang ada 50 biji. Okla kot kan, belum aku tawar2 lagi.

Berbuka? kami berbuka kat tepi Sogo di atas tangga-tangga tu. Mana taknya, dah pukul 7 baru nak cari tempat makan, mintak maap la kan nak ada tempat duduk. Kalau anda semua nak tau, punya ramai umat manusia yang tak sempat nak pergi restoran yang berbuka atas tangga tu, sambil menikmati Steamboat lidi-lidi. Waduhhh waduh, nyaman sekali buk. Berapa cucuk ntah kami makan.

Tak pernah aku tengok suasana camtu, ada yang famili pun, duk berbuka kat situ :D Baru ada feeelll raya tau.

Kami, biasala, sempoi....kat Dataran Merdeka pun kami pernah berbuka. Tapau-tapau, duk tepi Dataran, dua sejoli ni :P

Aku tak kisah.... Asalkan, perut aku kenyang...sude

UPDATE!!!

Dari Syamiey TQ eh..Selamat hari raya juge :D

3 Komen:

@yue said...

aje gile le kamu ..due lai tudung=RM100!!..tobat acik eh!!

[ Hanie ] said...

muheeh tu ar pasal. Dah terbeli baru prasan mahal. Yg tudung batu2 tu arr...mahal. Kalau tak...harga RM75 selai...adoi. Turun Rm60 huu.

[yAN!e][pUTraJAya] said...

uish...kalau cek hanie dah start posing

kekkekkekke