Friday, September 26, 2008

Chubby VS. Slim

Macam aku beritahu di entry 7 facts sebelum ni perkara (5), aku adalah seorang gadis yang sangat berisi bahasa kasarnya GEMUK! Meh aku cite la macam mana keadaannya dari dulu, sampai lah sekarang...Sebelum korang kutuk, baik mintak maaf dulu..nak raya-raya ni, jangan duk tambah dosa pulak yer.


Kisah Sebelum Kurus:

Dulu masa umur aku baru 2 tahun, yang diberitahu padaku oleh ayah ibu, aku ni mula naik badan. Masa tu, harusla kan comel & gebu budak kecik, tembam-tembam macam tu pun orang geram. Pastu, makin membesar, aku turut membulat. Tapi kalau korang nak tau, aku makan takdala banyak mana...ciput jer. Tu yang aku pelik macam mana bole tembam. Minum susu cap hape eyh? Ada ibu aku sebut..SNOW kot jap, ubah topik, patutla kulit putih berseri.

Pastu...bila aku tengok gambar dolu-dolu balik, masa darjah 5, badan aku dah macam epal. Bentuk badan memang takda lagi la kan, baru nak start baligh. Jadi, straight dari atas sampai ke bawah macam tong dram. Masa darjah 4 & 5 ni la aku di ejek-ejek oleh orang-orang yang berlagak hensem la kunun. Asal jumpa aku jer, "Gemuk", asal nampak muka aku jer, "Gemuk, gemuk" Aku yang ngaku gemuk ni..melawan cakap jugak, tapi apa dayaku, dorang lebih berkuasa dan aku sedar diri...

Pastu ringkasnya, berlarutan sampai from 3. Sorry aku takda gambar-gambar time tu mana ada main digital-digital cam dulu, semua pakai filem, nak cari scanner jam-jam ni, memang tak dapatla kan. Dulukan ada subjek PJK, bole pulak, ibu aku yang ajar subjek tu untuk kelas aku. Time sesi menimbang berat, aku seboleh-bolehnya la nak lari takmau timbang. Segan ok!! ibu aku cakap, NO EXCUSES. Ingat apa, anak cikgu bole ngelat yer? Jgn harapppp.

Nasib aku baik, PJK tu, perempuan dan laki lain-lain kelas. Kalau tak, mau satu sekolah tau jisim badan aku ni berapa. Timbang-timbang, hampir 70kg tepat!! pandai betul penimbang tu kan..takmo bagi aku gembira sikit pun. HUH.

Pastu, haruslah takda peminat bila dah tembam. Aku minat-minat orang adalah, secret admire jer. Takda penah pulak la aku terus terang aku sedar, rupa aku macam mana masatu.

Sejak dari tu la, aku ambik diet melampau. Nasi aku cut off. Air aku sekat. Konon-konon dengan teori bijak aku, 70% dari badan kita adalah airkan. Tau apa jadi? sebabkan aku tak cukup air, aku rasa badan ni panasssss jer. 24/7 rasa nak rendam dalam air. Rasa nak tanggal baju. Tu la penangannya budget guna teori bagus sangat kan.

Nak tau aku makan apa? Quaker Oat, biskut, roti dan bihun sekali sekala. Tu jer. Aku ingat lagi, biskut yang dalam paket tu tak silap ada 6 keping sepeket ala-ala, Jacobs tu Bole aku tahan 2 hari makan tu aje. So sehari aku makan 3 keping biskut ciput tu kah kah kah kalau sekarang buat sure aku ilang ingatan kot sebab tak makan.

Aku beli peket-peket kuaci, aku jamah tu jer. Aku bole dikatakan kene Aneroxia kot. Tak bole timbang. Asal timbang jer, nampak berat. Dan akan rasa nak turun berat lagi. Bayangkanla...dalam masa 6 bulan, dari 70kg aku turun sampai 48kg. Memang la slim, tapi tak cukup zat. Muka tinggal tulang macam tengkorak bergerak.

Oh yer, aku pun senaman jugak. Bayangkan..dah la tak makan, senaman pulak...tak ke terlalu taksub namanya? Asalkan duk depan tv, buat sit up, buat angkat-angkat kaki tu. Bole dikatakan, masa terluang aku jer aku senaman. Pasang lagu pun, konon-konon aku akan beraerobik. Haih...teruk jugak aku dulu kan? :P

Ada cikgu lain masa tu siap cakap, "takyah makan ubat-ubat nak kurus ni, cuba tengok haryani, dari bentuk apple dah jadi Pear dah dia" semua kagum nak habaq kat korang.


Kisah Selepas Kurus

Sian kan kat aku? Sekarang tak dah. Masuk jer Univ. Aku dah makan-makan balik. Tapi bila aku jumpa member-member sekolah aku yang sekelas dengan aku sebelum form 4, duk cakap apsal la ko dah kurus sangat sekarang? Dorang lupa ke aku pernah lagi kurus dari sebelum ni, ni pon dah naik jugak la :( Yang dorang ingat, Apple Girl. Not Pear cute girl. Haih. Jenuh aku explain yang aku pernah lagi kurus laaaaa. Yang rapat-rapat dengan aku, memang la tau kan aku penah lagi kurus.

Lepas dah kurus, mula la aku ada peminat. Ceit...siap lukis-lukis gambor aku lagi pastu bagi kat aku....sekarang tatau kat muzium arkib mana aku letak dah. Bukan sorang, sekali dua tiga orang. Wahhhh sapa tak minat kan, badan dah cantik, kulit gebu, anak cikgu vouge pulak tu, tapi cermin mata lagi besar dari tulang pipi & hidung geliiiiii jer ayat...ceitttt!

La ni, badan aku dah duk naik turun balik. Siap la kalau makan banyak, timbang-timbang, berkilo jugak naik. Agaknya tahap metabolisma aku sekarang ni, walaupun masih muda sebenarnya tak berapa nak muda macam umur 40 tahun kot? Tu yang lembap semacam je nak bakar lemak.

Tips-tips aku bole bagi, tapi aku tak sarankan jadi macam aku dulu. Kalau korang turun berat drastik...memang dia akan naik balik sampai tatau macam mana nak turun berat lagi. Daripada korang sengsara kemudian, baik diet secara slow-slow...ok?


Petikan testimonial dari Seorang gadis yang dah sedar diri sikit...yang masih tidak makan nasi :D . Sekian......

6 Komen:

Mrs. Amie said...

skrg berat bape? Ya Allah, berat sampai 70kg? biar betol..tapi Amie pun penah..paling berat 72kg...pastu diet tak mkn nasik!

@yue said...

hanie..cite jaman skolah tu sama la..sob!sob!sob!..hy org yg chubby je merasakannya kan hanie kan hanie kan kan kan....

Fuzuri San said...

SAYA PON CHUBBY.. X RASE PAPE PON :D

[ Hanie ] said...

mrs. amie: yer...betul..tak tipu. muhehe tu ar, tahap hormon yg kurang stabil kot..tu yg membuak2. Hik..penat berat jgk? lalal time tu umur brape?

kak @yue: haiyoh..yeker. Tu ar, sanggup dorang perkecilkan kite kan. Tp pikir2 balik...budak2, tau ape kan :D (ayat sedapkan hati)

fuzuri san: hee..awak laki lain la. Laki2 tak kisah...janji perut kene isi :D Botol tak?? (awk chubby2 pun..comel :D)

The Mrs-Bride said...

ohhh.. diriku seperti ada experience yg sama.. from 75kg turun jadik 55kg dlm masa 1 year.. sgt besh! tp sejak mengenali Hubby (dulu kawan, then bf)... tup tup.. slow2 naik baik! skang nihh.. tatau laa bape tp sangat chubby.. (bak kata mrs amie, 'nampak gumukss'.. well bukan 'nampak' okeh.. tp kembali gumukss..) :))

p.s. mmg x makan nasi leh turun berat.. sama la dulu.. kurus kering.. turun 20kg, mana taknya.. mcm2 kan kita sume nih kalo nak kurus.. hehehe..

p.s.s tatau laaa bila nak berdiet balik.. slow2 pun, tapi.. ada target lain, so tak berani nak diet teruk sgt.. haihh.... :P

Aku said...

Nak kurus jugak ;P